Monday, April 18

blogging from PSAS

Posted by nolly at 11:51 AM
xtau nk tulis tajuk pe senarnya.. kwn2, PSAS bermaksud Perpustakaan Sultan Abdul Samad.. hahaaha nerd nye aku kan.. actually this week aku baru nak start StuVac.. so kene la prepare siket (eh banyak la) ape yg patut for final.. i have 2 final papers: on 27th and 28th april.. wish me luck!

Jarang skali nk cite psl relationship.. tp arini tpaksa aa cite kerana sesungguhnya saya merindui bf saya.. hahaa.. seriously sunyinya weekend without huby around.. bila jauh ni kan ade je conflict diri.. Sejak hari Jumaat aritu sakit btol hati bila biey x reply text msg n ym sy.. Selepas hari tersebut, iaitu hari Sabtu sehari suntuk kuar dh la soalan2 bodoh yang berjoget dalam kepala itu ini contohnya seperti:

- ko lelaki kejam, ko langsung tk igt kt aku. ko sayang kt aku ke tak? bleh plak ko tido nyenyak tanpa tnya kabo berita gf ko ni dh makan ke minum ke, sihat ke, yada yadaa..
- aku ni gf ko ke tunggul kayu
- camner ler bila kawen nnti time aku nk beranak laki x angkat phone, nak suh aku beranak dalam toilet ke
- apsal bf org lain konsisten je bergayut ngn gf die, aku ni terkontang kanting mcm ikan kering dijemur atas pangkin
.........dan ayat2 sebagainyaa

Selepas itu, sabtu malam (jam 2 pagi) saya pun email la bf.. content of cos mengandungi ayat yg seperti dirasuk Nyi LoroKidul.. motif sy menulis lebih kepada meng'psycho' bf sy untuk memujuk dan memulihkan dari rasukan Nyi LoroKidul. tunggu punya tunggu Ahad tu tiada emel masuk, malah sms apatah lg call pun jangan harap.. SEDIH! KECEWA! Hari Ahad org sibuk mendaki Broga, berdating, bershopping ho ha sane sini, tp sy bertapa di library seharian dengan linangan ayer mata yang hangat..

Hari ini sy lepak di library lagi.. berkira2 mau menghantar emel2 susulan atau tidak.. tiba2 satu call masuk -->'+60309'.. owh sy mau angkat atau tidak.. kat library nih..

ok angkat phone..

X: hellloo ayyg hubyy waaatt appee tuu?
bila dengar suara X, hilang terus perasaan marah, malah sampukan Nyi LoroKidul terus dapat penawarnya.

Erhh membazir je air mata emas aku smlm.. owhh tidak, sesungguhnya menangis untuk org tersayang adalah bukti kita amat mencintai org itu, malah perlakuannya bak sebatang mancis pn boleh mengguris perasaan dan sanubari kte. Yo yoo je ko ni nolliey..

The best thing is saya mendapat semangat untuk belajar hari ini :) Saya sayang kamu Azwandi, cepatlah pulang!

2 comments:

acaq on April 18, 2011 2:02 PM said...

Boleh tak aku nak gelak berdekah2? Hahahahahha

Jangan la macam ni ayang...hubyy pergi takkk lamaaaa...

nolly on April 18, 2011 7:29 PM said...

hahahahaaa!! lawak kan.. gelak la puas2.. aku pn gelak sorg2 ni bila baca balik.. haihh..

 

nolli.cious Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei