Tuesday, January 31

Personaliti: Tanah, Air, Api atau Angin?

Posted by nolly at 9:34 AM
Ermm lately ade org ckp aku cepat melatah tak sabar asik2 nk marah jek erm padahal blom ler waktu pms lg. ntah la nk kate stress x jugak, nk kata byk prob normal la prob dtg dan pergi, perangai pun mungkin ye mungkin tak

*ceh x ngaku*. Eh btollah!

Dh few years aku rasa emosi aku dh btol byk compared to dolu2 masa zaman remaja yg asik melenting, meroyan, merajuk yg tahap melampau. Hope emosi zaman lampau dh dikubur di kematangan usia yg nk masuk 27tahun (27? aiyoo).

So ade mase kejap sambil menunggu labwork, aku pun google la psl personaliti ikut kedudukan dalam keluarga. Bila tgk salah-silah family sndiri byk lak prediction die btol..

Copy pasted.
Kudos to: Wanazarie

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.

Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

TANAH (Anak pertama: YONG; Anak kelima: SYAHRUL)
Sifat utama tanah ialah ia boleh dipegang dan dirasai. Kebaikan orang yang berunsurkan tanah ialah ialah tegas (YONG), objektif (YONG) dan tidak mudah beralah. Kelemahannya ialah mahu dilayan dengan baik, diberi keutamaan dan ego. **tak nampak pun character si Syahrul..huhu**

AIR (Anak kedua: ANGAH; Anak keenam: DEYDEK)
Sifat air ialah ia boleh lihat dan boleh dirasai. Anak kedua dikatakan bertolak ansur (ANGAH), rajin (ANGAH) dan tenang (ANGAH, DEYDEK). Kelemahanya seperti cepat merajuk (DEYDEK), sensitif (DEYDEK) dan emosional (DEYDEK).

API (Anak ketiga: NAS)
Sifat api ialah ia boleh dilihat dan bahaya untuk dipegang. Anak ketiga dikatakan seorang yang mudah mesra (NAS), bertimbang rasa dan tidak kedekut. Kelemahannya ialah cepat marah (NAS), kurang sabar (NAS) dan tidak suka dikritik (NAS).

ANGIN. (Anak keempat: AKU LER TUU!!)
Sifat angin ialah ia tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai. Anak keempat dikatakan mempunyai semangat yang tinggi, pemikiran yang tajam dan berwawasan. Kelemahannya ialah mudah melenting, suka memilih dan memendam rasa. (macam betol jer tapi aku xdela suka memendam rasa, kalu aku x puas ati xde pandang kanan kiri x kira la ko prof ke dr ke mesti time tu jgk kene sembur) hahaaha

Pandai gak depa ni wat research, ade ler jgk yg btol.. kalu research aku benda2 mcm ni kan sonok.. ni nk research psl character yeast cell giler x menarik..

InsyaAllah gua cube la nak manage anger gua ni.. tp ape pun percayalah gua rase makin tua hati gua makin cool (CHEWAH).. nnt hati freeze terus payah lak.. so biar sampai tahap2 cool aje deh..

2 comments:

dilot on February 02, 2012 1:01 PM said...

haha ko ingat senang nak research pasal perangai manusia?? meh join miros kat road user behaviour pny section.. susah wooo

nolly on February 02, 2012 11:39 PM said...

huhuu aku tau x senang dilot.. tp sonok la jgk coz species sama ngn diri sndiri cume behaviour lain2.. kalu yeast or bacteria, species dah la lain behaviour lagi la lain..

 

nolli.cious Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei