Monday, July 14

dia pergi dan takkan kembali

Posted by nolly at 2:15 PM
1st july 2008.
7.55 malam. kami hanya berbual 8 minit di telefon, tapi itulah panggilan paling bermakna buat aku, kerna itulah saat2 terakhir aku bercakap dengannya.

3rd july 2008.
tarikh yg tkkn dapat aku lupa sampai bila2. Hanya tuhan yg tahu camne perasaan aku masa akak aku call tepat pukul 2.15 petang. Aku yg mula2 excited ingatkan angah call gune hanset baru since hanset die kelmarin hilang kene curi. Tapi bila aku dengar suara angah teresak2 aku takut nak tau ape yg berlaku. "Noly, angah nak bgtau ni." Angah diam and bila aku tanya kenapa. "Abah noly... Abah dah takde. Abah baru meninggal kt pejabat tadi". Ya Allah, meremang darah aku masa tu aku tktau nak respon ape. Then akak aku just ckp tggu abg ipar aku dtg amik dr Klang. Aku tk sempat nk tahu bila, kenapa, macam mana sume. Masa tu cam tk terdetik nk fikir semua tu. Bila aku letak tepon, aku tarik nafas dalam2. Ntah dtg dari mana air mata aku keluar tak henti2 masa tu. Nasib baik kat dalam lab tu cuma ade aku ngan dua orang member RA. Diorang yg terpinga2 sume taktau nk buat ape tengok keadaan aku. I was completely lost my mind. Aku cam tkde kudrat nk cakap ngan bdk2 sblh aku ni. Lepas a few mins aku menangis, aku tepon Wandi. I knew he probably wouldn't pick up my call sbb sll pn mmg die tkkn angkat my call masa waktu keje. Tapi aritu Wandi angkat phone. "Biey, abah dah takde biey". Aku perasan member RA tepi aku tu terbeliak terkejut dengar. Aku dpt ckp ngan Wandi sekejap. Then lepas tu aku pn bergegas pg jumpe lecturer aku Dr Brahim, nak bgtau yg aku nk balik Johor. Masa aku turun tangga n jalan ke blok lecturer aku dengar sayup2 suara orang panggil tapi ntah knapa aku tkde kudrat nak toleh ke belakang. Around 3 ptg abg ipar aku amik aku kt UM then we all bertolak balik ke kepong. Oh yer, masa berkemas2 kt rumah aku sempat call intan. Thanks eh intan!

Kami sampai pn dh malam. Masa turun kereta, aku nampak ramai sedara mara ngan org kampung berlegar kat rumah aku. Rasa sayu hati aku dengar bunyi bacaan yassin kt ruang tamu. Ya Allah, aku harap ni semua mimpi..kuatkan lah semangat aku! Tersedu2 aku nangis bila salam dan cium mak. Sempat aku toleh ke sekujur tubuh diqiamkan berselubung kain batik mengadap kiblat. Tak sanggup aku nk selak kain penutup waktu tu. Aku taknak tau pn jika tu adalah abah yg aku sayangi selama ni.

Oh tuhan, berikanlah aku kekuatan.Lepas aku amik air sembahyang, aku duduk di sebelah abah. 'Abah, noly balik ni abah. Kami kan dah janji nk balik minggu ni kita nak kumpul sekeluarga. Abah kan telefon kata aritu nak hantarkan noly g interview kt pasir gudang. Abah bangun la, noly nak salam abah', Itu je yg mampu dikatakan oleh hati aku. Wpun aku cuba, aku tetap takde kudrat nk tengok abah. Mak yg selakkan kain penutup muka abah. Hanya Tuhan yg tau betapa hancur dan sedihnya hati aku tengok apa yg ade depan mata aku. Ye Noly terima lah hakikat itu mmg abah kau. Terimalah takdir Noly. Abah yg ku sayangi dah tinggalkan kami disebabkan serangan jantung. Innalillah.

4 july 2008.
Aku duduk sampai ke pagi membaca yassin buat abah. Hari ni hari terakhir kami akan tengok abah. Alhamdulillah arini adalah penghulu segala hari, hari Jumaat. Dari jam 8pg orang dh start datang ke rumah. Pagi2 jugak abg aku pegi amik barang2 dr masjid untuk upacara mandikan dan pengkebumian mayat. Around 10 abah sudah dimandikan dan dikafankan. Kami sekeluarga menatap wajah abah buat kali terakhir.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Mungkin rezeki abah, ramai orang berarak mengiringi abah ke kubur dan bersama2 dalam upacara pengkebumian. Aku dengar satu persatu talkin yg dibacakan imam kampung. Inilah kali pertama aku melihat upacara pengkebumian. Suasana sepi, sayu, sekali sekala angin meniup sepoi2 bahasa. Selepas semuanya selesai aku rasa berat nk melangkah pergi meninggalkan abah. Tapi aku terpaksa redha dgn ketentuan-Nya.

Selamat tinggal abah, satu hari nanti insyaAllah kita akan berjumpa lagi. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh. Ameen.

3 comments:

Anonymous said...

berderai2 air mata aku bc entri ni. takziah noli, be strong.

Anonymous said...

was speechless too when reading this.. kuatkan semangat, noly..

al-fatihah

Anonymous said...

memang tak dpt bygkan kalau hilang ahli keluarga yang kita sayang, noli tabah ye, sedih baca entri ni

 

nolli.cious Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei