Saturday, August 30

happy 51st MALAYSIA

Posted by nolly at 10:59 PM 0 comments
malam merdeka ni tp senyap je kt sini...
thn ni cm tk meriah je smbutan...

maybe org malas kot sbb kerajaan naikkan harga minyak :P (oops jgn saman saya)

btw, Selamat Hari Merdeka to all Malaysian...
bersyukurlah dengan apa yg kita dapat kt tanah air ni
esok lusa blom tau kita dapat merasa apa yg kita rasa arini (ape yg aku merepek aku pn tatau)

nur insyirah

Posted by nolly at 10:43 PM 2 comments
dulu mek ade request gmbar anak Nas.. heheehe.. sorry mek lmbat menunaikan request ko... so, ni gmbar terbaru anak sedara aku no.2 --> Nur Insyirah Bt. Nasrun Kamal.. skrg dh umur 2bulan..

gambar2 masa kenduri arwah ayah+potong rambut 'punk' syira


Nas+syira+shilaMak Lang-Nas Syira- Aku Yusra

Papa rock+anak rambut punk heehhee

Saturday, August 16

Tk sangka aku dh jd seorg engineer....

Posted by nolly at 8:31 AM 3 comments
Start keje smlm as QA Engineer kt MMI Tampoi.. whooaa berpeluh peluh gak aku drive ke JB. Mau tknya aku terpaksa drive manual. Took me about sejam suku to sampai kilang. Masa dh nk sampai, fuel alarm plak berlampu.. shitt aku lupa tuang minyak.. nasib baik sempat sampai kilang. Cepat2 tepon abg aku tanya where is nearest pump station. Nasib baik tk jauh sgt dr kilang. Huhuhu. Tu laa selama ni tk penah amik tau habuk pn psl kete :P

Working envi kt sini sgt best. Everybody seems tk lokek nk senyum, peramah and baik2 belaka. Tp tktau laa kan ni br 1st day. Aku plg muda kt department aku (QA department).. and rasa nye aku jugak plg muda kt office tu.. (hehe perasan). Kt office level aku ade department2 lain cm facility, shipping, engineering, new program, finance etc. Office HR kt level bwh. Aku dh dpt cubicle, email (nurliana@mmi.com.sg), oklaa cumaa dpt desktop lama cess hampeh mentang2 la aku baru.. huhuhu.. tp computer lom set up lg so tktau aa leh gune internet tk.. mati kutu aku kalu tkleh online..

Hari 1st ni ala2 induction day la.. Kt training room (lawak tk aku sorg2 je training) org HR tu terangkan laa psl company ni.. pasal cuti, pasal keje, policy.. pastu ade jwb soalan. Sib baik laa lulus.. aku ingat kan bodo2 je.. at the end tu akak tu ajar aku pakai jumpsuit.. haa nk keje kilang hardware ni hygiene sgt2 penting. Sbb habuk ke ion2 dr badan leh rosakkan product. Aku rasa cm angkasawan kedua beb. Jumpsuit aku warna kuning cair sbb QA, kalu pink for operator, biru muda for leader, supervisor sampai ke senior eng, hijau for magnetising line and biru gelap for customer/visitor. Nak pakai pn ade cara nye.. peh...

Dlm QA dprtment terbahagi dua plak. Keje aku most of the time kene deal ngan production line, means handle raw material sampailah ke product. Lg 1 QA handle bhg gudang, so dorg handle brg yg akan di hantar ke customer. Kt production line tu ada 1 bilik khas utk QA. Aku nmpak ade bende2 measurement for sure aku kene guna esok. Ada gak org bawah aku yg dok situ... so kene cedok ilmu dr dorg la kot...

Probation period dorg bg 4 bulan. Tp kalu aku perform bagus, tk sampai 2 bulan pn leh confirm position insyaAllah. Skrg aku kene mencari umah sewa kt area situ. Dekat sket ngan kilang. Ni dh nak bulan puasa.. tk sanggup aku nak berulang alik hari2.. penat tu...

Jap lg kul 10 aku nk turun KL.. nak mengangkut barang2 pindah jhr.. okla chiow..

Monday, July 14

dia pergi dan takkan kembali

Posted by nolly at 2:15 PM 3 comments
1st july 2008.
7.55 malam. kami hanya berbual 8 minit di telefon, tapi itulah panggilan paling bermakna buat aku, kerna itulah saat2 terakhir aku bercakap dengannya.

3rd july 2008.
tarikh yg tkkn dapat aku lupa sampai bila2. Hanya tuhan yg tahu camne perasaan aku masa akak aku call tepat pukul 2.15 petang. Aku yg mula2 excited ingatkan angah call gune hanset baru since hanset die kelmarin hilang kene curi. Tapi bila aku dengar suara angah teresak2 aku takut nak tau ape yg berlaku. "Noly, angah nak bgtau ni." Angah diam and bila aku tanya kenapa. "Abah noly... Abah dah takde. Abah baru meninggal kt pejabat tadi". Ya Allah, meremang darah aku masa tu aku tktau nak respon ape. Then akak aku just ckp tggu abg ipar aku dtg amik dr Klang. Aku tk sempat nk tahu bila, kenapa, macam mana sume. Masa tu cam tk terdetik nk fikir semua tu. Bila aku letak tepon, aku tarik nafas dalam2. Ntah dtg dari mana air mata aku keluar tak henti2 masa tu. Nasib baik kat dalam lab tu cuma ade aku ngan dua orang member RA. Diorang yg terpinga2 sume taktau nk buat ape tengok keadaan aku. I was completely lost my mind. Aku cam tkde kudrat nk cakap ngan bdk2 sblh aku ni. Lepas a few mins aku menangis, aku tepon Wandi. I knew he probably wouldn't pick up my call sbb sll pn mmg die tkkn angkat my call masa waktu keje. Tapi aritu Wandi angkat phone. "Biey, abah dah takde biey". Aku perasan member RA tepi aku tu terbeliak terkejut dengar. Aku dpt ckp ngan Wandi sekejap. Then lepas tu aku pn bergegas pg jumpe lecturer aku Dr Brahim, nak bgtau yg aku nk balik Johor. Masa aku turun tangga n jalan ke blok lecturer aku dengar sayup2 suara orang panggil tapi ntah knapa aku tkde kudrat nak toleh ke belakang. Around 3 ptg abg ipar aku amik aku kt UM then we all bertolak balik ke kepong. Oh yer, masa berkemas2 kt rumah aku sempat call intan. Thanks eh intan!

Kami sampai pn dh malam. Masa turun kereta, aku nampak ramai sedara mara ngan org kampung berlegar kat rumah aku. Rasa sayu hati aku dengar bunyi bacaan yassin kt ruang tamu. Ya Allah, aku harap ni semua mimpi..kuatkan lah semangat aku! Tersedu2 aku nangis bila salam dan cium mak. Sempat aku toleh ke sekujur tubuh diqiamkan berselubung kain batik mengadap kiblat. Tak sanggup aku nk selak kain penutup waktu tu. Aku taknak tau pn jika tu adalah abah yg aku sayangi selama ni.

Oh tuhan, berikanlah aku kekuatan.Lepas aku amik air sembahyang, aku duduk di sebelah abah. 'Abah, noly balik ni abah. Kami kan dah janji nk balik minggu ni kita nak kumpul sekeluarga. Abah kan telefon kata aritu nak hantarkan noly g interview kt pasir gudang. Abah bangun la, noly nak salam abah', Itu je yg mampu dikatakan oleh hati aku. Wpun aku cuba, aku tetap takde kudrat nk tengok abah. Mak yg selakkan kain penutup muka abah. Hanya Tuhan yg tau betapa hancur dan sedihnya hati aku tengok apa yg ade depan mata aku. Ye Noly terima lah hakikat itu mmg abah kau. Terimalah takdir Noly. Abah yg ku sayangi dah tinggalkan kami disebabkan serangan jantung. Innalillah.

4 july 2008.
Aku duduk sampai ke pagi membaca yassin buat abah. Hari ni hari terakhir kami akan tengok abah. Alhamdulillah arini adalah penghulu segala hari, hari Jumaat. Dari jam 8pg orang dh start datang ke rumah. Pagi2 jugak abg aku pegi amik barang2 dr masjid untuk upacara mandikan dan pengkebumian mayat. Around 10 abah sudah dimandikan dan dikafankan. Kami sekeluarga menatap wajah abah buat kali terakhir.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Mungkin rezeki abah, ramai orang berarak mengiringi abah ke kubur dan bersama2 dalam upacara pengkebumian. Aku dengar satu persatu talkin yg dibacakan imam kampung. Inilah kali pertama aku melihat upacara pengkebumian. Suasana sepi, sayu, sekali sekala angin meniup sepoi2 bahasa. Selepas semuanya selesai aku rasa berat nk melangkah pergi meninggalkan abah. Tapi aku terpaksa redha dgn ketentuan-Nya.

Selamat tinggal abah, satu hari nanti insyaAllah kita akan berjumpa lagi. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh. Ameen.

Monday, June 2

aku.....

Posted by nolly at 2:59 PM 3 comments
Aku sepi..
Meniti hari bersendiri
Mencari career dan identiti
Adakah ini salah sendiri?

Aku benci..
Tatkala hati ini disakiti
Bila terasa diri dilupai
Sukarkah diriku difahami?

Aku gusar...
Merasai kasih yang kian pudar,
Hati senyap tidak lg bergetar,
Benarkah cinta itu bak roda yg berputar?

Aku rindu...
Bila kau panggil nama manjaku..
Sentuhan tulus selembut salju..
Kenapa semuanya ditelan waktu?

Aku cuba...
Pujuk hati yg duka..
Bersyukur dengan apa yg ada..
Bilakah gundah-gulana akan reda?

*nolliey 01/06/08
 

nolli.cious Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei